Skip to content

Keselesaan Tetap Keutamaan

Walaupun ramai yang mengagungkan keindahan busana tradisional, ada juga yang masih tidak mahu mengorbankan keselesaan ketika menyambut Aidilfitri dengan menggayakan pakaian yang panas serta menyukarkan pergerakan.

Namun dengan POYA, keselesaan tidak sesekali menjadi kompromi. POYA Raya kali ini mempersembahkan koleksi Momentari Aidilfitri 2023 yang mempertemukan keunggulan busana tradisional dengan keselesaan dan kemudahan kepada si pemakai.

Rahsia keselesaan busana POYA terletak pada kualiti fabriknya yang membolehkan anda kekal selesa dalam cuaca panas, walaupun anda memakai busana yang sama dari siang hingga malam tatkala leka dalam menyambut kemeriahan Lebaran.

Mereka yang gemarkan fesyen yang selesa dan praktikal juga pasti tahu tentang kebebasan dalam bergerak yang memudahkan aktiviti harian, terutamanya pada musim perayaan yang penuh dengan pelbagai momen sekilas lalu yang bermakna. Kali ini, nikmatilah makna sebenar Syawal tanpa perlu terbeban dengan ketidakselesaan.

Keselesaan juga meningkatkan keyakinan si pemakai, sekali gus menambahkan lagi seri serta aura mereka kerana salah satu kunci sebenar kepada kecantikan adalah keyakinan.

Elemen-eleman tradisional masih dijunjung dalam setiap busana, menjadikan koleksi ini sebagai warisan yang bernilai untuk generasi akan datang. Oleh itu, sungguh pun fesyen praktikal daripada koleksi ini mudah digayakan dan dijaga, setiap satunya mempunyai seni pembuatan yang berkualiti dan tahan lama.

Koleksi Momentari Aidilfitri 2023 didatangkan dalam pelbagai pilihan rekaan, corak, warna dan potongan untuk sebuah penampilan yang menawan, segar dan penuh daya tarikan. Seleksi busana seperti variasi Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Kebaya dan Baju Kebarung menampilkan pilihan dalam jenis potongan serta saiz tanpa mengira umur dan bentuk badan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Untuk melihat sendiri keistimewaan koleksi ini, anda boleh ke butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau membuat pembelian terus daripada laman web kami, shop.poya.com.my.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options