Skip to content

Momentari Aidilfitri 2023

Apakah yang membuatkan Syawal begitu istimewa sehingga ramai yang sentiasa menanti-nantikan ketibaannya? Kenangan-kenangan yang terbina, momen-momen yang tercipta, dari waktu kecil hinggalah dewasa, menjadikan perayaan ini begitu dekat di hati.

Koleksi POYA Raya kali ini mengambil inspirasi daripada momen-momen kecil yang menambah makna Aidilfitri dengan koleksi Momentari Aidilfitri 2023.

Momentari diambil daripada perkataan ‘momentary’ yang membawa maksud sekejap atau sekilas lalu. Sepanjang Syawal, tentunya banyak momen-momen kecil dan sekilas lalu yang menghiasi hari, tanpa ramai yang menyedari bahawa momen-momen inilah yang sebenarnya membawa kemeriahan, keindahan serta makna dalam perayaan.

Koleksi Momentari Aidilfitri 2023 ingin mengekspresikan keistimewaan momen-momen itu melalui rangkaian busana yang penuh variasi. Masih menghidupkan warisan dengan mengekalkan elemen-elemen penuh tradisi, sentuhan kemodenan turut diselitkan untuk membawakan gaya yang segar, namun masih relevan tanpa mengira zaman.

Versatiliti untuk semua masih lagi menjadi identiti dalam setiap koleksi. Bagi menghidupkan kemeriahan Aidilfitri, koleksi ini menawarkan pelbagai rekaan, corak, warna serta potongan. Seleksi busana seperti variasi Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Kebaya dan Baju Kebarung menampilkan pilihan dalam jenis potongan serta saiz tanpa mengira umur dan bentuk badan. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Koleksi ini turut mengekalkan keistimewaan POYA yang membezakannya dengan yang lain – kualiti serta ketelitian dalam pilihan fabrik. Pilihan fabrik premium yang berkualiti tinggi dan selesa akan sentiasa menjadi prioriti untuk memastikan kepuasan dan keselesaan si pemakai.

Momentari Aidilfitri 2023 juga mengangkat komitmen POYA dalam terus melestarikan nilai serta kepentingan busana tradisional agar warisan ini kekal dihargai dan disanjung generasi zaman ini dan akan datang.

Untuk menikmati keunikan serta keistimewaan koleksi ini, anda boleh ke butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau membuat pembelian terus daripada laman web kami, poya.com.my.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options