Skip to content

Tradisi yang Lestari

Ramadan kali ini menjengah dengan membawa suatu perasaan yang sukar digambarkan. Tahun ini, sinar harapan untuk meraikan Syawal yang tidak terikat dengan norma baharu lebih terang cahayanya. Meraikan keistimewaan dan kemeriahan ini, POYA berbesar hati menampilkan koleksi terbaru, Tradisi Yang Lestari.

Setiap busana dalam koleksi Tradisi Yang Lestari ialah sebuah simbol kepada suatu warisan yang kekal hidup dan terpelihara nilainya, yang tidak terhanyut oleh deras kemodenan serta tidak lapuk ditelan zaman.

Sungguhpun koleksi ini mementingkan elemen tradisional yang menjadi akar kepada keindahan busana Melayu, sentuhan unik yang berunsur lebih moden turut diselitkan untuk melahirkan suatu koleksi yang versatil dan seiring dengan peredaran semasa fesyen.

Setiap busana bukan sahaja sesuai untuk digayakan sepanjang zaman dan diwarisi oleh generasi akan datang, tetapi turut boleh menjadi sebahagian daripada identiti golongan muda yang berbangga menjunjung warisan yang cukup berharga ini.

Bersesuaian dengan kemeriahan Syawal, koleksi Tradisi Yang Lestari menawarkan pelbagai pilihan warna yang segar dan kontemporari. Corak-corak yang ditampilkan juga cukup menarik dan unik, sesuai untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang mewah dan eksklusif.

Koleksi ini juga mengekalkan keistimewaan POYA yang membezakannya dengan yang lain – kualiti serta ketelitian dalam pilihan fabrik. Pilihan fabrik yang berkualiti tinggi, selesa dan tidak panas menjadikan setiap busana bukan hanya boleh digayakan ketika menyambut Syawal, tetapi turut sesuai dipakai sebagai busana harian atau ke majlis formal.

Pilihan busana seperti Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Johor, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kebaya Berpesak serta Baju Kebarung bukan sahaja menampilkan versatiliti dalam potongan, tetapi turut datang dalam pelbagai saiz yang sesuai untuk semua. Pilihan saiz adalah daripada XS sehingga 3XL.

Tampil ayu, elegan dan eksklusif dengan Tradisi Yang Lestari. Untuk melihat sendiri keistimewaan koleksi ini, anda boleh ke butik POYA di Bangsar Shopping Centre atau membuat pembelian terus daripada laman web kami.

Cart

Your cart is currently empty.

Start Shopping

Select options